Thursday, July 28, 2016

Resipi: Cauliflower Beef Pepperoni Pizza


Since ramai yang request saya untuk share resipi Pizza Cauliflower. Here you go!

Cauliflower Crust Pizza (mengantikan dough tepung) sesuai untuk diet atkins serta diet low carbo intake. Makan lah banyak mana pun dan tak perlu risau pasal berat badan. Hehe. Bahan utama ialah Cauliflower (Bunga Kobis). Topping terpulang pada masing-masing.


Bahan-bahan Cauliflower Pizza Crust:

1. Cauliflower (utk size personal pizza, separuh cauliflower kecil sudah memadai)
2. Telur x 1 biji
3. Parmesan cheese (shredded/powder)
4. Parchment paper. Wajib. (supaya dough pizza tidak melekat)


Cara-cara:
1. Basuh dan tos cauliflower
2. Potong kecil dan blend sehingga hancur


 3. Setelah diblend, saya masak di frying pan untuk keringkan cauliflower supaya tiada air/moist untuk kita jadikan dough pizza tersebut. Masak agak-agak cauliflower tu tak berair. Tak perlu pakai minyak ye.

4. Bahan untuk diuli bersama cauliflower ialah parmesan cheese & telur.
Sebiji telur dah memadai supaya dough tak terlalu basah. Parmesan cheese pula bertujuan untuk 'hold' cauliflower supaya jadi dough yang cantik. Kuantiti parmesan tu biar elok untuk pegang dough tu. Saya gunakan satu paket. 

5. Lenyekkan dan buat shape bulat (siapa yang ada pizza pan boleh juga pakai). Kalau tak agak-agak la bagi jadi shape bulat. 


6. Tips: Bahagian luar/kerak biar tebal sebab kalau nipis nanti bahagian tersebut akan cepat terbakar/hangus. Bahagian dalam/ tengah lambat skit nak masak. Bahagian dalam/ tengah ikut pada masing-masing,  jika anda suka dough tebal (tapi akan ada rasa cauliflower yang pekat). Saya buat sederhana sahaja. Kalau nipis jadi la thin crust pizza dan ranggup :)

7. Bakar pada suhu 200 selama 30 minit. Terpulang, jika mahu lagi garing, bakar lagi lama. 


8. Dah siap dah cauliflower pizza crust kita.

9. Topping terpulang pada masing-masing. Letakkan topping lepas tu bakar lagi di oven. Suhu 200 dan masa terpulang. Saya buat dalam 40 minit. Nak bagi beef slices and cheese melt.


10. Siap!

Bahan-bahan untuk "Beef Pepperoni"
1. Base: Gunakan Tomato Sauce (saya beli yg Preggo Traditional Tomato & Garlic)
2. Taburkan bawang putih (dicincang halus), beef slices (saya pakai brand Gourmessa sebab carbo dia cuma 3-4g sahaja), mozzarella cheese dan akhir sekali saya letak sedikit BBQ sauce.


Selamat mencuba!




No comments: